Alhamdulillah, teman & family selamat sampai ke rumah semalam pukul 2.30 am. knp lewat sgt? pjg ceritanye.

Kami dapat extend stay sampai pkl 5pm, so lps en lanun abis je majlis penutup course tu kami terus checkout. Alhamdulillah kereta xlah sebanyak yang kami jangkakan, walaupun time tu orang berpusu- pusu balik kerja. sekejap je dh sampai kt tol. lebih kurang pukul 7.30 kami sampai ke tol Bidor, berhenti solat maghrib & teman pun basuh lah segala botol2 susu dan prepare yang baru. sampai di kg rahmat, lebih kurang setengah jam lepas tu tiba- tiba Naza kami ada bunyi pelik so En lanun terus berhenti kat tepi jalan. Siap keluar asap lagi hu hu cuak jugak dibuatnye. Dah lama x kena macam ni, dulu masa dengan BEV mmg selalu temperature naik tapi dengan Naza ni baru 1st time. Kali indicator temperature tu sampai terlebih dari 'hot' kira serius jgk tu. Kami xde bawak air lebih plak tu, kalau dulu naik BEV berbotol2 air paip standby je kt dlm boot. Anyway terpaksa lah guna air masak yang teman bawak 2 botol kecik ( utk minum ) tapi x cukup, kata en lanun x penuh pun. kami try jalan sket ke depan nak cari surau utk dapatkan air tapi temperature naik skyrocket takut meletup la plak so 10 minit je, kami dah stop lagi. Tgh tunggu enjin cool down sket, ada lah budak2 kampung tu naik motor berhenti & tanya kami ada masalah apa sebab baru je ptg tu ada accident betul2 kt blkg tpt kami stop tu. Bila bagitau suhu naik diaorg pun tolong carikan air, dapatlah 4-5 botol besar air & diaorg tolong isikan. Masa tu dah ok lah, temperature nampak macam stabil tapi x sampai 5 minit dia dah naik lagi. last- last sampai kt pintu gerbang Kg Baru Coldstream en lanun berhenti, don't want to take any chance to damage the engine. Masa tu dah pukul 9 lebih dah, bayangkanlah sepatutnye time tu kami patut dah sampai rumah dah. Dia pun call ke skuadron cuba mintak bantuan dari kawan2. Alhamdulillah ada pegawai yang bertugas tu dapat hantar satu kereta service (ZL) untuk follow kami just incase rosak lagi. pukul 11 diaorang sampai, tolong tengaok2kan kereta tu dan diaorg jumpa T-joint pada paip radiator sambung ke enjin tu, dah patah. itu yang awal2 tadi ada bunyi kting- kting- kting.

Dipendekkan cerita Naza tersayang tu terpaksa ditarik ke bengkel di Teluk Intan, kemudia dari situ kami naik Rexton ZL tu sampai rumah...kaki teman yang x pernah sembab sejak mengandung ni, kebas + bengkak sket belah kanan kerana memangku Auni tido dari Coldstream sampailah ke rumah. Tapi alhamdulillah dah selamat semuanye, kereta pun dah repair tukar t-joint tu dgn hose cuma kena RM38.50 je :) no more plastic this time, mekanik tu bagi yang jenis aluminium so lebih bertahanlah, hopefully. Kata kawan En lanun, sepatutnye masa tukar timing belt last year benda tu dah patut ditukar sekali...hmm...mana lah kami tahu kan? I'm just glad that it didn't damage the engine because if that happen, the overhauling would cost about RM6k. Giler...

1 comments:



Unknown said...

essayez ceci Dolabuy Bottega Veneta ce site Web https://www.dolabuy.ru/ Obtenir plus d'informations sacs répliques de bonne qualité