IUD, checked :)

Alhamdulillah, setelah kali kedua dtg ke klinik Yasm*n (kali pertama tu doktor nye doktor ganti...xtau psg IUD plak. masa kami call dia x ckp apa2pun, suruh dtg je. hampeh) berjaya juga teman pasang IUD. Ada yang bertanya kenapa psg IUD..ngerilah.. actually xde apa yg ngeri pun, cuma ngilu sket je a few seconds masa doktor masukkan alat tu. Bersalin lagi sakit kot heheh. teman tanya jgk mcm2 ada side effect ke, ada yg pernah kena infection..tapi yg kena infection tu kemungkinan besar dah ada sblm alat tu dimasukkan lagi. Oleh kerana alat ni dikira bendasing jadi badan kita semulajadinya akan cuba menolak keluar dalam pelbagai cara esp masa period tu maybe longer, maybe sakit, maybe sket2 etc tapi jgn risau lah sbb badan kita cuma dalam tempoh adjustment..5-6 bulan nanti ok je. And then ada juga kes IUD tu penetrate dinding rahim terus masuk ke perut...kalau yang tu mmg xdepilihan kita kena tebuk perut & cari alat tu utk dikeluarkan (pray hard it won't happen to me!) Lepas je pasang doktor scan utk tunjukkan kedudukan alat tu. Pelik sket sbb rahim teman dalam posisi terbalik, macam ke belakang gitu. Doktor kata selalunya org rahim terbalik ni susah nak dapat anak, but maybe not in my case (ALHAMDULILLAH..) Kosnye cuma RM90, cuma adalah appointment kena scan sepanjang tempoh 3 tahun ni.
Kita ni merancang, Allah jua yang menentukan. Teman ada planning utk diri teman sendiri dalam tempoh 5 tahun akan datang ni, insya Allah. Masa tu anak- anak semua dah sekolah, mudahlah nak buat keje. Sebab teman rasa tempoh tu dah cukup lama teman berhabis-habisan untuk orang lain (my family) so that's the time for my self. bukanlah masa tu nak abaikan tanggungjawab pada keluarga pulak..no...my family will always be my no 1 priority. This is just something I must do for myself. Time tu dah kurang sket mereka bergantung pada teman, kan... Mudah sket nak bergerak ke mana2. Tu sebab merancang x nak ada anak lagi..Alhamdulillah cukuplah dengan yang 3 orang ni. So apa planning tu..? ha...biarlah rahsia :) tapi teman betul2 berharap akan menjadi. En lanun pun suka dgn planning tu, he's behind me 110%. Thnks syg..So kita cuma perlu tunggu dan lihat..jeng jeng jeng...