Interactive Learning

kakak dah 4 thn, insya Allah next year kami nak masukkan dia sekolah tadika. Tapi sejak 3 thn lagi dia dh pandai ABC & tulis A sampai Z. Oleh kerana teman ni bz ya amat (kononnye la ) dgn baby ni so most of the time cuma dapat bagi dia buku dan bagi dia explore sendiri. tapi yg ABC tu for sure lah teman kena duduk jugak mengadap dia ajar step by step. itu dulu lah, masa boleh ngadap. en lanun pun banyak membantu. sekarang dia suka masuk website Playhouse Disney kt situ banyak betul games & aktiviti interaktif yg boleh bantu kanak2 menajamkan otak sebab satu, semua karektor dalam tu mmg dah well known for the kids so senang diaorg nak menumpukan perhatian. dengan vibrant colors, eh mmg seronoklah teman pun kadang2 ralit tgk dia main games2 tu :) bukan sebarang games ye, sesuai utk budak2 kecik yg baru nk kenal huruf & perkataan. in english plak tu, tu yg teman suka. recently belikan kakak cd interactive ABC & 123 supaya dia x bergantung sgt pada website tu tapi punyelah hampeh, cikai sungguh programnye membuatkan teman teringat masa kami belajar multimedia dulu kena buat mcm tu jgk tapi rasanye among us pun ada yg boleh buat lebih baik dari yang teman beli tu.  rugi betul dahlah mahal, 1 cd rm16. guess terpaksa lah bagi dia guna website tu jugak. xpelah asalkan baik utk dia. cuma kena hadkan sebab takut mata rosak plak mengadap skrin monitor ni 5-6 jam.

Jiran teman ada anak sebaya dgn kakak. kami dh plan2 nak hantar ke sekolah tadika yg sama just incase kalau one of us yg ada hal emergency bolehlah tumpangkan anak ke sekolah. kebetulan terjumpa dia kt padang dekat umah teman, katanye dah siap register utk anak dia sekolah betul 7 thn nanti. sekolah swasta tu, combine sekali sekolah pagi & sekolah agama. dia dh fobia anak2 dia yg sblm ni sekolah biasa asing2 punyelah penat dia kejap kena gi hantar yg itu kejap kena amik yg lagi sorg pastu yg lain kena tuisyen plak huiii itu sbb dia resort nak hantar yg bongsu ni ke sekolah swasta. cuma blum tau lagi berapa bayarannye pendaftaran & yuran monthly, kira dia just booking ajelah (lagi 2 thn nak masuk dh booking...sbb tempat limited). sure mahal punyelah. jiran teman lagi satu kata mmg lah senang tapi kalau result bagus pun UPSR nanti x bleh masuk sekolah asrama penuh lps tu..ha pandai jugak kerajaan ni ye. nanti en lanun balik kena bincang betul2 ni..pendidikan anak2 x boleh amik ringan sekarang ni...itu ajelah harta yg boleh teman bagi kat anak- anak. tanah pun bukan ada...sekangkang kera je kt blkg umah tu buat tanam sayur :D

Tragedi 16 Mei

(this is an outdated post)

16 Mei 2010- mungkin hari yg bahagia bagi sesetengah di antara kita kerana menyambut Hari Guru. Tapi hari itu jugalah yang takkan kami semua lupakan kerana dikejutkan dengan berita buruk yang menimpa biras teman, kakak En lanun. Selepas zohor kami mendapat panggilan telefon dari kakak en lanun di Melaka memberitahu abg ipar beliau telah meninggal dunia dalam satu kemalangan motorsikal di simpang pulai, ipoh. justeru itu mayatnye ketika itu berada di Hosp Besar Ipoh. Oleh kerana kami yang paling dekat, kami berkejar ke sana dan pada masa yg sama kakak en lanun juga otw ke sana menaiki kereta. X pernah teman kemas baju & susu anak balik kg selama 15 minit sahaja. En lanun pun menggeletar tangannya semasa menerima berita tersebut. Bapa saudara teman yg tinggal di ipoh pun turut teman maklumkan dan oleh kerana beliau adalah anggota polis di sana maka banyak urusan di hospital & di balai polis dipermudahkan. hampir sepanjang perjalanan  air mata teman mengalir x henti2, mengenangkan arwah yg baik meninggalkan isteri & 5 orang anak yg masih bersekolah. isteri arwah pula tidak bekerja. x terbayang mcm mana beban yg tertanggung di bahu isteri beliau ketika itu. selesai urusan di hospital kami mengikut van jenazah balik ke rumah ibu bapa arwah di Sabak Bernam, kemudia singgah di rumah nya di Meru Klang kerana anak- anak arwah belum sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Mengikut hajat arwah yang pernah berkata beliau mahu dikuburkan di Melaka maka kami sepakat membawa beliau balik ke kg Klebang dan pada pukul 4.15am 17 Mei selamatlah jenazah dikuburkan...Takziah buat keluarga kak senah, teman harap beliau tabah menjalani hidup ini demi anak- anak. Alfatihah buat Allahyarham Mohd Helmy Bin Jaafar...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.

I Feel Numb

It's actually a mixture of everything- sad, lonely, sad again, etc. Yup, En lanun is off again, this time to Somalia for one & a half month. 3-4 hari yg lepas mmg kami kehulu ke hilir menguruskan persiapan dia nak ke sana, beli brg2 toilettaries, ubat- ubatan, beli barang2 dapur, gi register di bank Aff*n so that after this I can pay all our bills via online! ahaks walaupun dah lama gian sgt nk cuba tapi baru lah skrg ni ada kesempatan. With 3 kids and Zakwan still so little, I can't go out & pay bills like I used to when en lanun is away. cuma barang2 basah ajelah kena mintak tolong jiran2 belikan di pasar. Kalau ikan @ ayam tu tahan 2 bulan mau kami borong jugak hahhah tapi mustahil lah kan, peti ais pun xkan muat punye. Kali ni lama sket dia gi tapi xpelah teman redha, berdoa demi keselamatan dia sepanjang dia bertugas di sana. Memang genyah kali ni, kakak & Auni bergaduh 24 jam, zakwan plak dah mula memanjat sana sini kalau letak dalam walker kejap je dia dh nangis nk mintak angkat.
Pagi tadi lagi haru, Auni nak mandi sambil tu teman dok membasuh baju. paip buang air tu teman salurkan ke dalam bilik air tu lah. then tiba2 zakwan nangis teman pun keluarlah tgk dia. bila mesin start buang air ( rinse) teman kata dlm hati aii wangi bebeno bau sabun baju ni. when I went & checked out on Auni it turns out that she had put the pipe outside the bathroom and the soapy water was flooded to my kitchen, my dining hall & the room next to the bathroom. OMG i felt like I wanna scream & so mad at her. dah lah banjir, licin plak tu masuk sampai bawah katil ya ampunn...nasib baik toto teman x letak kat bawah, entah kenapa pg tadi kemas2 bilik lipat toto tu letak atas katil. tapi karpet mmg kuyup..beg2 baju yg x sempat kemas lagi habis basah semuanya. Tuhan ajelah yg tahu mcm mana perasaan masa tu. Zakwan plak mcm tau2 je abah dia xde, meragam je seharian ni. Sabarlah hati ni....itu ajelah yg teman harapkan. Pukul 2 baru selesai buang air yg bertakung (sungguh!) & mengemop lantai. itupun x kering betul tapi bolehlah. Lepas tu baru start masak sup ayam & nasi utk bebudak ni, pukul 3.30pm baru mandi, x sempat pakai baju zakwan dah menangis lagi. Auni tu suka sangat mengasak dia. Xpelah, budak kecik apa dia tau. kembung, dia nangis, lapar, dia nangis. sakit, dah tentulah menangis :) teman harap esok lebih baik dari hari ni, insya Allah...

Finally It's Here!!

Teman dah lama tengok2 butang yg ada kt blog Button Planet tapi baru lah minggu lepas tergerak hati nk order. Konon2 hadiah sempena hari Ibu kelmarin..ahaks but of course En lanun la yg bayar kan...thnx syg love u!! so here's a few pixs taken of the buttons. Also send it to my dear friend Iera, hope you like the buttons I chose for you. Bleh la decorate kat gaun Ayna nanti kan...kan...

Love is in the air!

Hari Ibu, Hari Istimewa

Semalam Hari Ibu.Alhamdulillah dpt sambut dgn en lanun serta anak2 mkn2 di Secret Rec*pe mkn kek Indulgence la hehe. Macaroni prawn 4 en lanun with ice blended mocha espresso while kakak & auni shared their kids burger meal with apple kasturi juice. Mkn kt bhgn luar je sbb tau ahelah my kids mcm tarzan jerit sana sini lompat2 etc ,mmg x aman org lain nk mkn.so to avoid that 'look' from other customers and the owner (ahaks dh 2-3 kali kena warning lompat atas sofa dia) mkn kt luar tu lg selamat.. Thnx dear for the cake.. I hope i can be a better mother to our kids & believe me i'm trying so hard here.. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga dunia & akhirat..amin..