Kembali pada-Nya

Isnin 18 Jun. 9.40mlm kembali dari pasar malam dpt panggilan dr abah di kg.
"Assalamualaikum.." teman jawab "wa'alaikummussalam.. ye bah ada apa?"
"Wan,  ..." dapat rasa abah mcm sebak x bleh sambung ckp. Hening seketika waktu itu.
After what's like the longest 5 seconds in my life, Abah sambung, " Nek dah xde wan. baru skjp ni"
"Innalillah..Abah ada kt umah nek ke tu?"
"Ha ah"
"Ok bah tima kasih bgtau wan ye. Assalamualaikum.."
"Wa'alaikummussalam..."

Sukar nk digambarkan perasaan ketika itu. Nenek mmg dh sakit lama, 3-4 bulan yg lepas ni mmg makin uzur. Makan pun dh x boleh, ingatan dh sgt xde. Maklumlah umur dh lebih 90 tahun. Walaupun kami x rapat dgn nenek sbb x duduk sama tp perasaan sedih tu tetap ada. Tp x mengapalah waktu hidupnye kami dh dtg melawat walaupun arwah x ingat sapa kami.

Memula ingatkan xnak balik sbb en lanun baru balik dr sabah & migrain, x sihat. tp x sampai 10 minit beliau kata berkemas lah, kita balik jenguk jenazah nek. cuti pun dh apply 3 hari. berkemas lebih kurang, capai apa2 baju yg ternampak, agak terawang2 masa tu.Syukur selamat sampai kg pkl 3.30 am. 3 hari berturut2 buat kenduri, alhamdulillah ramai yg datang.maklumlah arwah nenek tu imam perempuan di kg tu, mmg terkenal guru mengajar agama, menguruskan jenazah wanita dn sebagainye. Waris2 yg ada walaupun sedih teman tau masing2 lega dgn pemergian nenek, sebab itulah yg terbaik kerana keuzuran arwah tu. Dan melihat pada surat kematian nenek, x sangka rupanye nenek lahir sama birthday dengan teman, 29 Nov :)

Hari khamis malam balik semula ke manjung. Sampai manjung pkl 3 am. Penat, letih, sakit kepala, sedih, mcm2 perasaan bercampur gaul dlm hati ni. Semoga rohnye  dicucuri rahmat oleh Allah, diringankan azab kuburnye, termasuk dalam golongan org2 beriman..

AlFatihah.

0 comments: