Alhamdulillah...Selamat Hari raya Aldilfitri kepada semua, maaf zahir dan batin. Hari raya pertama agak memenatkan tapi meriah juga sebab en Lanun jemput semua kawan- kawannya yang bertugas hari raya ni datang ke rumah, jadi adalah juga aktiviti nak dibuat. kalau tak melepak tgk tv ajelah. Jiran- jiran pun ada lah sorang dua je, yang lain semua dah balik kampung masing- masing. Dari malam tadi dah start memasak dengan en Lanun sampai pkl 11 mlm, pagi- pagi bangun sambung lagi. En lanun gi masjid untuk solat Hari Raya, tapi sampai pkl 10am x balik- balik lagi. Risau jugak sebab dia jemput kawan pkl 10 tapi dia xde, keje banyak lagi nk buat dengan tembikai x potong lagi ( konon- konon keje dia lah tu) teman buat jugalah semua persiapan, mandikan budak2 & pakaikan baju raya, kemas rumah (lagi!), prepare meja & hidangan-hidangan segala mala nye. Elok- elok je siap semuanya En lanun pun sampai dan 5 minit lepas tu 1st group pun sampai. Alahai kami pun x sempat bersarapan lagi tapi layan dulu diaorg. Tetamu datang non stop, lepas satu group datang lagi satu group. Alhamdulillah x membazir lah memasak semalaman. Hari ni hidangannya nasi himpit, rendang ayam, sambal tumis ikan bilis, kuah lodeh kuning, lemang & rendang daging (lemang tu beli lah...nak bakar kt mana plak). Teman cuba lah x makan terlalu banyak, almaklumlah dah banyak sgt rezeki depan mata ni dengan air coke fav tu huiii...bukan apa, Rabu depan sblm balik kg teman ada rutin check up...kang x lulus mau x balik kg plak kan.

Malam ni main bunga api lagi dengan en Lanun & budak- budak ni, syok sendiri je sebab bukan ada orang lain pun :) gambar hari raya keluarga pun x dapat amik hari ni...hmm...xpelah try esok macam mana plak.

Anyway teman ucapkan Selamat Hari raya Maaf Zahir batin kepada semua...

0 comments: