*Tajuk di atas tiada kena mengena dengan byr tol ye :)
Akhir- akhir ni inilah trend kami pegi shopping. Touch & Go. Sebab apa? sebab apa lagi, Dak Zakwan meragam memacam la menangis menjerit xmo jalan xmo duduk dlm trolley suruh dokong lah nk air lah. Fuhh mmg menduga kesabaran di bulan puasa ini. Kalau ikutkan teman mmg ikutkan aje sbb xmo lah kan buat kecoh tgh2 shopping tu tp abah dia mmg xbleh terima that kind of behaviour. Apa lagi, balikkkkk semua huhu tu lah yg kata touch & go. x sempat beli apa lg, masuk pintu dpn terus menuju pintu keluar :(
Kejadian yg first tu maybe salah teman sbb x prepare air @ any food sbb dah pkl 11 lebih masa tu, kalau kt rumah mmg ada aje kudapan diaorg yg x puasa ni. Tapi sebab dah x teringat maka xde lah bwk bekal air ke apa ke, keluar je kereta dia dah x mo jalan. Suruh dokong, kaki dia sakit dia kata. Teman dokong lah skjp. naik escalator, peh dia dah mula menjerit & meronta2 tp bila kita nk turunkan dia xmo pula. nak air kata dia, haus. alahai kesian sungguh. ingat nak carikan kedai2 kt situ yg ada jual air kotak tp disebabkan itu shopping baru kami x pernah pegi maka x tau mana nk cari, keliling yg nmpk hanya kedai toys, baju2, kedai jual air & jajan hapah x nmpk. Naik escalator, Turun escalator, terus pegi tpt parking naik kereta balikkk. Sampai kt rumah abah dia amik kain pelekat & balut dua- dua kaki dia (which he claimed it hurts) suruh dia baring & jgn bangun2. ha hamik kau. tersedu2 juga dia tp dia senyap aje x bergerak2 dan akhirnya dia pun tertidur. Sedih pula tgk nya tp itu lah cara abah dia nk ajar dia spy x berbohong & buat perangai elok2 bila pegi berjalan2.
Second time pegi Tesco plak. Teman dah prepared awal2 kali ni- dah siap2 bawak air kotak & coklat bar so xde lah dia lapar @ haus kan. Masa masuk ok je, tp time nk masukkan semua dlm trolley (supaya semuanye terkawal & x berlari2 dlm shopping tu) dia mula lah buat perangai. xmo duduk dlm trolley. Fine, teman pun turunkan tp dia bukan mau jalan, dia suruh teman yg dokong dia. Fuhh 13kg tu, 5minit je dh terasa nk gebeh bahu huhu abah dia panggil2 dia langsung dia xmau pandang sebab takut kena marah. Bila kita xmo ikut cakap dia terus dia menjerit2 & meraung dah semua org pandang. Allahuakbar.... Terus cari kaunter yg terbuka & keluar terus balik rumah.
Apa nak buat dengan Zakwan ni..buntu juga difikirkan. Kakak2 dia xde pun perangai mcm ni. Semoga diberi kesabaran yg kuat untuk terus mendidik anak2 kita menjadi anak2 yang baik & mendengar kata..amin..!
Touch And Go
Makan Untuk Hidup
Lately I noticed a big difference in our family's normal routine when it concerned about eating out. Dulu sebulan sekali mesti makan kt pizza h*t @ Secret Rec*pe, KFC 2x sebulan. Kadang- kadang jln2 saje masuk SR order kek 1 @ 2 slice, spaghetti utk anak2, air 3-4 gelas. Mewah sgt bunyi nye kan. Sekali makan rm80-90 mmg tak lari. We did allocate some money just for eating out so tidaklah mengganggu budget yg lain. But it's not the money that concerned us. It's the food that we are eating. Not too healthy, i might say. And when we looked at the menu we would be tempted to order more than we can eat. So much being wasted. Astagfirullah... membazir itu sahabat syaitan! It's a wake up call for both of us. Therefore we decided it's time to change that. Sudah 6 bulan tidak ke PH. ye, sejak bulan puasa tahun lepas (kerana keebetulan ia ditutup sementara utk renovation). Kali terakhir ke SR ialah bulan 12 tahun lepas semasa mengikut En Lanun ke Alor Setar. Masih terasa- rasa keenakkan kek Indulgence itu. Ataupun choc brownies with nuts topped with vanilla ice cream. But I am willing to sacrifice all that. Ok je. x mati pun :) and we can use the money for something else or for saving.
Teman pun agak mengikat perut. Bukan sebab x cukup makan ke apa tapi disebabkan berat badan yg agak 'sensitif' sejak 2menjak berhenti bf ni. Punyela senang naik. Nak turun susah ya amat. Sabo aje le. Sblm ni pun teman bukan jenis yg kuat makan tp disebabkan anak bf maka maintain aje le walaupun x exercise. So skrg ni agak berhati2 dengan apa yg teman makan setiap hari. Nasi amik suku aje dr dulu. Sup sayur semangkuk hirup la sampai habis. Malam seboleh2 nye x makan yg berat2. Roti whole grain tu cecah air vico kurag manis. En lanun pun sama mengelak je nk mkn nasi sbb last check up doktor suruh turunkan 7-8 kg. Hari2 teman buat sup sayur satu periuk beso mkn berdua :) Masak sup ayam pun x tumis rebus2 je. Sedap jgk :)
Cuma berharap dapatlah en Lanun belikan treadmill tu. Nak ajak dia gi stadium punye la liat :p kalau ada treadmill di rumah mudahlah teman nk berjogging bila- bila masa aje. Sekarang ni dpt buat skipping & jumping jack aje kt umah. Harapan nk turunkan 5kg aje ni huhu insya Allah...yg penting badan sihat, amin..!







