Selamat Hari Jadi Kakak!

 Look at the birthday tickers down there...It's my eldest' birthday Balqis. She's 5 years old today...Alhamdulillah. despite the absence of en lanun I tried to do my best to celebrate her birthday and ordered birthday cake, pack some goodies bag for her 36 schoolmates. Suka la kakak :)


her birthday cake with her pix with cartoon ana muslim

with her classmates & class teacher



edible cookies


Nothing special for her birthday...just a pair of telekung that I sewn myself...semoga menjadi anak yg solehah kebanggaan mama & babah...


Sayaaaanggggg kakak! :)


Lama Giler

Apa yg lama tu? haaa baru skjp td teman menyusukan zakwan selama sejam 40minit.x tipu ok.3x tukar side sampai (literally) rasa dh "kosong" susu dlm kantung ni huhu tapi apa nk buat dia xmau lepaskan,layan ajelah...nasib baik kakak2 dia pun dh tido so xde lah gangguan.jarang dia menyusu lama2 mcm ni..slalunye stgh jam je. hauss tau lps sendawakan dia terus cari air kt dapur :)
teman rasa agak lama kali ni dpt menyusukan anak..yelah slalunye setahun lebih dh pregnant lg...terpaksa la stopkan menyusu anak. harap2 dptlah sampai 2 thn insya Allah..

Botol Susu Polycarbonate Diharamkan

*info kredit http://kepalabergetar.blogspot.com/

Dengar berita di Buletin Utama tadi, Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012.




Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol.
Kod-kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu


1 : PET –> PolyEthylene Terephthalate

*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.

*) panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer

*) botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral



2 :HDPE –> High Density PolyEthylene

*) hanya untuk sekali pakai

*) lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik

*) kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware



3 :V –> PolyVinyl Chloride

*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas

*) mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati

*) digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)



4 :LDPE –> Low Density PolyEthylene

*) dapat dipakai ulang. tahan panas

*) sukar berinteraksi dengan makanan

*) kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut



5 :PP –> PolyPropylene

*) dapat dipakai ulang. tahan panas

*) botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi



6 :PS –> PolyStyrene

*) nama populer = styrofoam

*) hanya sekali pakai. tidak tahan panas.

*) mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf



7 :OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)

*) SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.

*) ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.

*) PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.



Info MOH: Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat



a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat



Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:





1. Nombor 7 -

2. Nombor 7 dan PC -

3. Nombor 7 dan ‘other’ -





Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.





b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat



1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Di Mana Handphoneku????

Sejak dari Asar dh perasan hp Sony E71 tu mcm xde je. cari punye cari sampai ke mlm ni x jumpa2.Ya Allah risau jugak dibuatnye sbb org slalu contact kita pakai no hp tu..no rumah x ramai yg tahu.lagi plak di saat2 En lanun xde kt rumah laaa benda ni jadi ish ish ishhh...selalunye zakwan yang "rajin" alih2 barang ni mcm remote Astro tu slalu dia buang dlm tong sampah @ kt dlm laci tpt letak bawang tapi hotspot2 tu semua x jumpa...aduhaii mcm mana nk buat ni...
Ya Allah Kau gerakkanlah hati ku ini mencari di tempat yg betul...semoga berjumpa hpku itu...amin....