Makan Untuk Hidup

Lately I noticed a big difference in our family's normal routine when it concerned about eating out. Dulu sebulan sekali mesti makan kt pizza h*t @ Secret Rec*pe, KFC 2x sebulan. Kadang- kadang jln2 saje masuk SR order kek 1 @ 2 slice, spaghetti utk anak2, air 3-4 gelas. Mewah sgt bunyi nye kan. Sekali makan rm80-90 mmg tak lari. We did allocate some money just for eating out so tidaklah mengganggu budget yg lain. But it's not the money that concerned us. It's the food that we are eating. Not too healthy, i might say. And when we looked at the menu we would be tempted to order more than we can eat. So much being wasted. Astagfirullah... membazir itu sahabat syaitan! It's a wake up call for both of us. Therefore we decided it's time to change that. Sudah 6 bulan tidak ke PH. ye, sejak bulan puasa tahun lepas (kerana keebetulan ia ditutup sementara utk renovation). Kali terakhir ke SR ialah bulan 12 tahun lepas semasa mengikut En Lanun ke Alor Setar. Masih terasa- rasa keenakkan kek Indulgence itu. Ataupun choc brownies with nuts topped with vanilla ice cream. But I am willing to sacrifice all that. Ok je. x mati pun :) and we can use the money for something else or for saving.

Teman pun agak mengikat perut. Bukan sebab x cukup makan ke apa tapi disebabkan berat badan yg agak 'sensitif' sejak 2menjak berhenti bf ni. Punyela senang naik. Nak turun susah ya amat. Sabo aje le. Sblm ni pun teman bukan jenis yg kuat makan tp disebabkan anak bf maka maintain aje le walaupun x exercise. So skrg ni agak berhati2 dengan apa yg teman makan setiap hari. Nasi amik suku aje dr dulu. Sup sayur semangkuk hirup la sampai habis. Malam seboleh2 nye x makan yg berat2. Roti whole grain tu cecah air vico kurag manis. En lanun pun sama mengelak je nk mkn nasi sbb last check up doktor suruh turunkan 7-8 kg. Hari2 teman buat sup sayur satu periuk beso mkn berdua :) Masak sup ayam pun x tumis rebus2 je. Sedap jgk :)

Cuma berharap dapatlah en Lanun belikan treadmill tu. Nak ajak dia gi stadium punye la liat :p kalau ada treadmill di rumah mudahlah teman nk berjogging bila- bila masa aje. Sekarang ni dpt buat skipping & jumping jack aje kt umah. Harapan nk turunkan 5kg aje ni huhu insya Allah...yg penting badan sihat, amin..!

SOLAT SUNAT DHUHA

Pertama kali menunaikan Solat Dhuha. Ya Allah permudahkanlah...

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى
الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Niat Solat Dhuha


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.