Almost 1 years old..

Sedar x sedar, lg 2 minggu anak lelaki teman dah nak masuk setahun.Alhamdulillah...susah payah membesarkan anak mmg x terbayang, tapi bila tgk dia  membesar setiap hari, syukur sgt ya Allah... Zakwan dah pandai berjalan sekarang, baru seminggu dpt kaki nih.huii bukan main seronok dia kdg2 nonstop dia berjalan satu rumah keliling sofa, keliling meja, xmau sentuh dinding @ meja @ sofa tu konon2 dh pandai sgt lah :p pastu smlm bwk dia keluar x pakai stroller. kakak balqis plak bwk bola huii dh pandai dia kejar bola tu siap lantun2 lagi :p tp byk kali jatuh bangun la sampai last skali kt dahi naik melecet (jln bertar) terus teman angkat je bawak masuk rumah tp dia meronta2 xmau masuk tu...berusaha nk lepaskan diri dr teman yg gagah cuba mendokong dia. Cepatlah abah dia balik...dpt tgk Zakwan berjalan ni :)

10.10.10

semalam tarikh yg bermakna bagi ramai orang terutama yg telah melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh yang unik ini. termasuklah Datuk Dr sheikh muszaphar & Datin Dr Halina.Tahniah kpd semua pasangan pengantin baru...semoga kekal hingga ke akhir hayat, insya Allah.

Teman macam biasa ajelah, weekend pagi2 dah masak mee bandung, pukul 11 buat kuih apam balik- 1st time try tu menjadi plak, sedap kata budak2 & En lanun :) pastu utk lunch masak masi lemak. yelah dah 3-4 kali en lanun asyik sebut nk masak nasi lemak, dia dah berjalan jauh hari ni laaaaama lagi nk dapat makan nasi lemak teman masak so teman masaklah semalam. alhamdulilah...pagi2 td dah menghantar dia ke office sbb nak bawak balik kereta (3 -4 minggu tinggal kt office, parking xde atap plak tu mau hangusss Naza ku) semua budak2 angkut sekali sambung tido dlm kereta. Semoga perjalanan beliau dijauhkan dari sebarang masalah, semoga Allah memberkati pekerjaan beliau, dipermudahkan segala2nya, aircraft tiada masalah,s elamat sampai kembali semula ke pangkuan kami sekeluarga...amin...sungguh akan merindui en lanun, tapi kerana tugas teman redha & mengharapkan en lanun dpt menjalankan ops ini dgn baik...insya Allah..