Selamat Tahun Baru 1433Hijrah

Alhamdulillah, usai solat maghrib tadi maka kita pun sudah menyambut tahun baru hijrah. 6.30pm td dah baca doa akhir tahun, lepas Maghrib td baya yasin dan doa awal tahun juga.semoga tahun baru ini akan membawa seribu berkat untuk kita semua..insya allah!







Macam2 pesen org menyambut tahun baru hijrah ni. ramai yg ke masjid @ surau, alhamdulillah. Bagi yg x berkesempatan, dapay baca sendiri doa ini di rumah pun sudah cukup baik. Ramai juga yg berpesan2 di fb. bagus sungguh. Makin ramai yg 'menyedari' selain tahun baru 1Jan setiap tahun, kita sebagai org Islam juga ada sambutan tahun baru :).
Sedihnya, ada juga yg pergi menonton wayang dan dgn hebatnya menulis di wall fb, tajuk movie yg akan ditonton serta tpt nk menonton tu, dan tertera di situ waktunya adalah setengah jam sblm waktu maghrib hampir masuk. Allahuakbar. Inilah peringatan buat (diriku) manusia yg pelupa. Semoga masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat & menyesali semua dosa2 kita sebelum nyawa di ambil oleh Allah.

 Teman di rumah kakak biras di Meru Klang, melawat kakak en Lanun & anak2 buah memandangkan beliau masih bercuti seminggu slps tamat FIC di KTU Kepala Batas. In fact baru je mlm td kami sampai di Manjung after a long 5hours drive when the normal time only takes 3,the longest 4hours to arrive Manjung. Kereta banyak, dgn lori yg bwk slow, hujan pula tu huhu berhenti solat,berhenti gi toilet ntah berapa kali. biasalah kalau travel dgn anak2 kecil begitu lah. letih juga melayan mereka yg seolah2 'terlupa' mereka sebenarnya berada dalam kereta tp buat mcm kt dalam rumah. Kereta Naza tu pun dah macam kapal karam banyak giler barang sebab di samping barang2 en lanun, beg2 baju kami pun ada, pastu tambah dgn brg2 yg dibeli masa di Padang Besar smlm huhu sampai x nampak kereta kt blkg hehehe brgnye xlah byk sgt tp besar2 mcm bakul baju anyaman,toto 2 bungkus (hamekkaw) alang2 dah sampai sana tu ye x, kalau saja2 nk gi mmg xde la sbb jauh tu.

gambar2 akan di upload kemudian. kamera ada pada en lanun, beliau tgh gi tgk game bola MU di kedai sbb rumah kakak dia ni xde channel sports :) tido dulu,nighty night!

Jalan Jalan Cuti Sekolah

Yeayy finally the school holidays has arrived! Alhamdulillah the kids are getting better, Balqis sudah bleh mkn, Auni & Zakwan pun slowly sudah boleh mkn although the ulcers are still there. So En Lanun decided to take all of us along with him to Kolej Tentera Udara where he's doing his Flying Instructor Course for the past 3 months. He's already had his final test which I'm proudly to say he passed with the highest marks :) Alhamdulillah... So cuma tinggal nk buat clearance & uruskan hal2 paperwork utk kembali ke base Lumut.
So this is my first xperience going on a vacation without bf Zakwan, So as well as can be expected there are a few complications esp masa nk tido huhu seb baik ada buaian pasang siap yg boleh bukak2 tu jd kami angkut le sekali masuk ke dlm Naza tu (seb baik keta besau!) Dalam keta pun kira oklah dh siap2 bg susu (mcm biasa lah, cuma separuh je dia mau minum) pastu dah kena goyang2 dlm keta lama2 dia pun tertido sendiri kt dlm baby seat tu. Malam2 mmg dia kerap bangun la sbb sejuk bebeno bilik tu ditambah2 plak cuaca asyik hujan di sini. Sapu2 minyak, buai2 pastu dia tido le balik. tp 2-3 jam sekali konpem akan bangun menangis kdg2 tu mata x bukak pun, mcm mengigau je.

Plan nk ke padang besar ni, kalau cuaca mengizinkan hehe happy holidays guys! Gunakan masa cuti ini dgn baik ok! jgn lupa jaga keselamatan anak2 waktu bercuti.

HFMD Attack

My kids were affected by this virus since early this week.  Yup, all 3 of them. It all started with Akish. She started to have ulcer at the tip of her tngue. Very big one. Mula lah xnak makan, susu x habis minum, merengek etc etc. And then she started to be a bit feverish. Panas2 sket badannye. So I decided to take her to a clinic. Once the doctor look into her mouth with her petite torchlight, she immediately said this is not a normal ulcers, it's HMFD. And she has almost 20 small little ulcers all inside her mouth, kt dinding mulut (dalam), kt tekak, everywhere. Oh, sangat kesian tgk dia..patutlah susah sgt dia nk mkn even bukak mulut pun...and the doctor said she cant go to school until she's cured, coz this virus in infectious, for all i know she might got it from her school mates. It's already the final week of school days, so I just tell her teacher that she wont be able to come to school until the end as the doctor advised.
And it is infectious alright, coz the next day both her sister & brother got it too! I was getting very worried & tired too coz they all are very demanding at this time, semua nk berdokong, nak itu nak ini, menangis, menjerit kesakitan, tidur malam x lena setiap kali nk menelan air liur mesti akan tersedar menangis sbb sakit. En Lanun is worried too, tiba2 pukul 2 pg hari jumaat dia dah terpacul dpn pintu rumah. Alhamdulillah, am very thankful for his being with me all through this difficult phase. Zakwan sampai dah x bleh menelan air liur, makan jauh sekali lah. susu pun x boleh minum, asyik menangis saja. Akish pun masih begitu, ulser yg paling besar kt hujung lidah tu masih blum surut, merah & memutih macam melepuh seluruh mulut. tapi sbb nak elakkan diaorg dr masuk wad sbb x cukup air, teman cekak mulut suap juga bubur. Menangis, menjerit, x kiralah janji ada mkn sikit alas perut. air masak teman guna syringe je tekan air dlm mulut diaorg. Abah diaorg pun belikan mcm2 air vitagen,solivite, calciyum,choco oren, aiskrim 2 mangkuk,jelly, sebab doktor advised bagi mkn benda2 sejuk mcm tu...mmg betul pun spjg minggu ni itu ajelah yg diaorg boleh mkn & minum...walaupun still menjerit sket tp teman tgk diteguk jugak air tu slow2 sampai habis. Teman harap sihat lah cepat anak2 teman ni...kesian tgkkan sebab dh biasa diaorg ceria je. Hari Selasa plak en lanun nak ajak gi Alor Setar tpt beliau berkursus...dah final week dah pun, so dah xde kelas cuma nk clearance sket utk balik ke base Lumut. So En lanun plan nk bwk kami jln2 ke sana. Harap2 anak2 sihat lah sebelum berjalan ke sana...Amin...
This is an article I found on the net about HFMD.

 

PENYAKIT TANGAN, KAKI & MULUT (HFMD) DIKALANGAN KANAK-KANAK

by BondaMama on Monday, June 27, 2011 at 7:24pm
ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.
Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.
Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.
Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.
Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.
Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.
Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.
HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.
Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Tempoh pengeraman
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

Faktor-faktor risiko
Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.
Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa.
Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.


Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.


Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.
Hubungi doktor sekiranya:

• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
• Demam lebih tiga hari
• Sakit mulut semakin teruk
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Langkah-langkah pencegahan

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

kredit utk bondamama

Un-BF, Day 3 & 4

Alhamdulillah dah masuk 5 hari teman memulakan misi un-BF ni. Nothing to be proud about this, I know some people prefer to bf their baby as long as possible but to me after 2 years, it's time to let go. So I'm just writing this as a memento, as a guide just incase someone asked me about it then I can just tell them to read this :) So he's still asking to nenen from time to time, but didnt refuse when I asked gently "nak masuk buaian x?mama buai ye" selalunya dia akan ikut je & another good news is, he finally warm up to having fm in bottle. alhamdulillah. Cuma kuantiti masih sedikit la, teman selalu buatkan guna botol kecik tu, dalam 2oz je. semalam buat 4oz, surprisingly habis! maybe he finally got the idea that he wont be getting asny milk from me any time soon so better take whatever my mom is offering hehe

But still he stirred up quite frequently at night so i've had sleepless night for almost 5 days in a row....it has taken its toll but am trying very hard to be as the usual me...terpaksalah kan, dengan anak2 kecil ni bukan boleh buat xtau je, baring2 xde buat apa. still kena buat semua house chores. Ingatkan en lanun balik weekend dptlh tolong apa2 yg patut but end up I got another 'baby' to be taking care along with the other 3 :) biasalah tu..balik hujung minggu nk berehat2 saja tau nye *sigh*

Anyway hopefully soon Zakwan will be able to sleep on his own sbb skrg bergantung sgt pada buaian. Since he doesnt like pacifier, susu botol minum sket2 je, so the only thing that can comfort him to sleep is the cradle. Maybe not to good for his backbone but he's a big boy now, I think it's not going to be a problem. Lagipun ini cuma transition phase..soon he'll move on and be like her sisters- kalau dh ngantuk tu kat mana2 pun bleh terlelap hehe

let's see how long he's gonna take to totally forget to ask nenen from me again :p

Un-BF, Day 2

Alhamdulillah, survived another night. Last night was better definitely, but not yet resolved. Dia bangun juga mlm2 tu 5-6 kali nk nenen tp teman ulang ayat yg sama mcm smlm,dia nanges sket tp bila dibuai dia sambung tido semula,sekali pun x mintak nk kuar dr buaian @ mintak dokong.susu,mcm biasa tetap x mahu.seharian smlm teman mengepam susu manually sbb breast dh start mengeras,sblm jd lebih parah baik diperah.masuk dlm botol susu,bagi kt zakwan x mau plak dia :p dia xtau kot itulah yg dia minum selama ni.tghari td dia mintak nenen jugak tp teman x bglah.teman pujuk2 dia masuk buai sbb nmpk dia mengantuk.buai2 x jd tido plak (padahal tekak dh naik kering mendodoi dia :p) xpelah janji dia senyap. Jadi boleh kata good progress la jgk. Harap2 dlm seminggu ni dpt la cured habit bf dia..insya Allah :)

Un-BF, Day 1

So its official-yesterday since 2pm gonna mark the date that i stop bf zakwan.like i said in previous entry,he's already 2yrs old now and my fren once told me that after 2yrs the milk we produce no longer contains any nutrients for our baby. Thus i make up my mind and decided  to start today since en lanun is away.he cannot tolerate with kids cried so hard like that,nanti dia suh mengalah & bg jelah nenen tu...sian budak... Hehe...I have twice the experiences of stopping to bf before with akish & auni but it's different coz they are merely 1yr plus,akish only took 3 days but I have to wake up every night for about a year sbb dia nk minum susu.auni,amik masa seminggu tp pastu langsung xde bangun2 mlm  mintak susu. dgn zakwan ni xtau la mcm mana sbb susu botol pun xmo minum sob sob sob...ya Allah tabahkan lah hati teman...semoga dpt mengatasi dugaan ini hingga berjaya,insya Allah...physically i am prepared and quite thrilled to get rid of the back pain and neck and everything,but inside only Allah knows how...
So i make sure his bottle and milk and mini thermos are right beside me on the bedside table,convenient for me to make his milk quick enough b4 he started to cry @ scream and awaken his 2 sisters (provided that he wanted to drink up the milk,otherwise...oh hoo...imagine the chaos) yup,if u r gonna get into the war,better make urself fully equipped.and this is one war that I have to win.

So last night, as expected by 9.30pm he started wailing and screaming at me to have his nenen as usual. Dah ngantuk la tu. tarik2 baju,tarik2 seluar,x kasi teman buat keje, but I keep calm and said no, you cant bf anymore coz you are a big boy. tgk Boboi Boy tu mana ada nenen lg. kalau nk nenen jgk mama ltk kt luar ajelah.tidur kt luar dgn lembu (he still remembered the cows at our field last week for korban) and he screamed even louder. Last2 teman masukkan dia dalam buaian. buai punya buai, dodoi punya dodoi sampai dah nk naik kering tekak nyanyi mcm2 lagu & zikir, finally he fell asleep. Alhamdulillah. so teman cpt2 solat Isya' dan tidokan kakak2 dia pastu terus tido. Lantaklah cerita korea ke, Kardashians ke, masterchef topchef whatever teman x kira mesti tido awal mlm tu sbb tau dh by midnight mesti dia akan bangun. All is well sampailah 12.30midnight he started to stir up and as usual "nak nenenn" walaupun mata x terbukak pun. teman buai2 dia berhenti nangis & tido balik. baru nk lelap balik Auni nk kencing plak. pastu mintak susu lg. Dh siap semua baru nk lelap, Zakwan bangun semula. kali ni terus nk turun dr buaian. Aiseh..pujuk2 dia xmo jugak. Akish dh amik bantal tutup telinga dia. kuat tu dia nanges...dokong2 bwk ke luar bilik, x sampai 5 minit dh sakit tgn. 11kg++ tu beb huhu mak dia bukannye kuat sgt. susu yg dibuat hanya dipandang sepi..nannakkk!!! (read:taknak) dia jerit hehe adoyai last2 bg air msk je, dia minum seteguk, masuk balik dlm buai dlm stgh jam tido la semula. tp tgn x bleh berhenti la buai huhu kena beli motor ltk kt buaian tu la baru dpt rilex sket :p

Itulah yg jadi mlm td berulang2 nanges-kuar dr buaian-dokong2 skjp-minum air msk-pujuk2-masuk buai-tido-bangun balik-dokong lg-pujuk2-buai lg sampai la 6.15 am mpk dia lelap betul...alhamdulillah. terus amik air sembhyg, solat Subuh & sambung tido balik (slps set alarm pd 7.15am, kalau x ada org x gi sklh la pg ni hehe). Nk hntr Akish sklh pun tgk dia x bergerak2 lg, mintak tolong jiran je tumpangkan dia ke sklh sbb kesian nk kejutkan zakwan bangun.
Bangun pg ni dia lapar sgt agaknye, terus mintak mee goreng panas2 tu disuapkan juga ke mulutnye. keropok lekor 3-4 btg dimknnye. air teh 2 cawan. Alhamdulillah....

Teman sgt mengantuk. Pening pun ada. tp x rasa lapar mcm biasa bila mlm2 bf zakwan bangun subuh lapar mcm seminggu x mkn. Kita tgk hari ni mcm mana :) hopefully he gets better...insya Allah...

Need Some Fresh Air

I see everybody amongs me is changing. Improving. Some are furthering their studies with Master or PHD, some locals and some abroad. Some has started doing online biz. Some are baking cakes and cupcakes and taking orders. Some even going oversea maybe following their husband or just going for holidays and having fun. Even my working friend turning housewife (for the time being) is doing great cooking special dishes and sewing something interesting and spending so much time with her kid.



Me? I'm not moving anywhere from the last 6yrs. pathetic. Nothing change, no new knowledge, no nothing. such a loser. Yang bertambah hanyalah retak2 di tumit, rambut yg makin byk gugur, lemak makin bertambah di seluruh badan, jerawat di sana sini, dan suara yg makin nyaring kerana hari2 berlatih 'menyanyi' dgn anak2 yg sgt baik2 perangai nye.

ntahlah. sedih jugak fikir2kan. camne nk improve myself. kt mana nk start. and i dont even know how to do it. or what to do. I think I was somewhat  'hiding' behind this title of "fulltime housewife who is too busy with 3 kids". ya like the others dont have kids. pfftt. Ya Allah tunjukkan lah jalan yg terbaik untuk ku ya Allah......

Mari Mengaji!

Finally early this month I've sent Balqis for her mengaji lesson. Dah lama fikir2 nak menghantar dia belajar mengaji, before this I thot maybe I can teach her myself but failed miserably, no thanks to her sister  Auni & brother Zakwan. Apa tidaknye setiap kali bukak muqaddam tu mereka yg lagi excited nk baca sama2 tp of coz la lebih kpd nk mengacau drpd nk belajar sama.sudahnye terjerit2 berebut2 kitab sampai terkoyak 2-3 helai. So I gave up. Lebih baik hantar ke sekolah mengaji di mana pengajiannye lebih teratur & formal, yg lebih penting tiada adik2 yg bleh kacau dia hahaha.
So now I have new routine..5.40pm every weekdays jln kaki hantar balqis ke tpt mengaji nye...ye sgt dkt iaitu di dpn jln masuk taman kami ni je heheheh yuran pun sgt murah, rm30 nk compare dgn ilmu yg diajarnya. Alhamdulillah so far dia boleh follow sbb x byk beza dgn buku Iqra' yg dia tgh belajar kt tadika dia.
So You guys mesti tertanya2 apa beza Iqra' dhn Qiraati ni? haa...teman tanya jgk kt ustazah tu.katanye Iqra' ni cara pembelajaran dulu2 bila guna Quran mashaf Uthmani..skrg guna mashaf lain (aii lupa plak namanye) maka dicipta kaedah baru ini i.e Qiraati. dan lebih penting lg, lepas habis qatam Qiraati ni, maknanye dh bleh naik Quran (while Iqra' x bleh naik Quran). ic...harap2 Balqis dpt mengaji dgn baik...insya Allah...

Senyum senyum 1st time otw nk gi sklh ngaji
auni pun ikut sama

tgh tunggu pendaftaran

huwaaargghhh leganye dah habis kelas! hihihi (buruk nau anak dara ni posing)

Aidilfitri 2011


Ok sebelum terlupa..meskipun dah masuk Zulkaedah dah la ni tp ni nk tepek jugak gmbr hari raya kami...hehe....

Our lil' family
 
My Big Family-everyone is in the pic except my sister whose celebrating her Aidilfitri at her P-I-L's house

It's About Time To Let Go...

Lately, bf Zakwan isn't so much fun. He's so much bigger & taller & heavier, dah xtau nk adjust dia mcm mana kalau bf atas pangku. siap bebantal segala bagai nk alas sbb tgn ni dh x tertampung badan & leher dia. naik muscle kt tengkuk & bahu & lengan huhu sgt la sakitnye. nak urut pun xberbaloi sbb ia akan berulang2 lagi. so i resorted to bf him lying on my side. same thing, pinggang & leher sakit juga. sbb semalaman selalunya hampir 5x dia akan bangun nk menyusu.ataupun kdg2 mata x buka tp nanges sambil mulut ckp nak nenennn...nak nenenn...bygkan sampai pagi sleeping in such an awkward position, mana lah x sakit2 badan. Umur dia sekarang dah setahun 11 bulan...insya Allah by next month genaplah 2 tahun. and i plan to stop bf him by that time...oh...so sad & kinda worried too coz he refused to drink fm. Dah mcm2 botol, cawan,botol berstraw,semuanya dh try. susu pun dh 3-4 jenis try semua dia takmau. camne ntah nk buat. His appetite is another thing. Susah sgt nk bagi mkn. Kalau mee @ mihun @ spagetti suka le dia. Takkan hari2 nk mkn spagetti nak oii. Pengsan mama.
Semoga semuanya akan berubah nanti...insya Allah....

Kisah Ramadhan Tahun Ini

Alhamdulillah, hari ini sudah sampai 19 ramadhan. sudah hampir memasuki 10 hari terakhir...ya Allah...semoga Engkau terima ibadat puasa kami ini ya Allah...
Jadi sedikit cerita mengenai Ramadhan tahun ini. Biasanya mmg teman bersahur sorang2 sebab en Lanun mmg jenis x bangun sahur...dia cuma akan minta dikejutkan last2 minit tu utk minum air masak & makan kurma pastu bamm tido balik :p tapi tahun ni ada sedikit perubahan...or should I say a big change: teman ada teman sahur yg baru- Balqis! yup, u read it right. And am proud to say this, until today the 19th day of Ramadhan she hasn't ponteng puasa yet :)) alhamdulillah....memula niat tu nk ajar gitu2 je sebab dia baru 5 tahun. tapi dari hari pertama tgk dia ok je, memula ada la sket2 merengek bila tgk adik2 dia mkn @ minum air tp teman akan peluk dia & explain dia puasa & kena tahan lapar & haus...x bleh mkn @ minum...skrg dh ok dah....syaratnye mestilah sahur & minum air yg byk lps berbuka tu. Kt sekolah dia pun ada juga kengkawan yg berpuasa tapi ramai yg selang2. Cuma satu hari tu teman x terbangun & dia x sahur, malam tu lps berbuka dia kata perut dia x selesa. bila sapu minyak & en Lanun picit2 perut dia, blurrggghhh terus dia termuntah..agaknye angin dh masuk perut dia kan. kesian, terkeluar semua nasi goreng & hotdog yg dimakannya masa berbuka. Teman bangga sangat sebab dia mahu cuba berpuasa dan x pandai lagi nk curi2 mkn @ minum (agaknye kecik lg, xde org nk ajar2 dia tipu2 mcm tu) teman doakan dia sihat & dapatlah menyempurnakan ibadat puasa ni sampai ke akhirnya. Walaupun dh tentulah x sempurna, niat puasa mmg niatlah, tapi solat belum dapat cukup 5 waktu, cuma 2-3 waktu aje. Memula ni mmg kena paksa je kalau tidak mmg x solat la dia. malas la, penat la, nk main lah. Agaknye mcm ni lah mak2 kita dulu yek...Kini masa kita pulak nk membentuk anak2 kita. Insya Allah perlahan2...tapi mesti konsisten.



Dan dengan ini teman juga mengisytiharkan projek sofa cover telah siap! Alhamdulillah.. X le lawa sgt..cuma lega bila dh selesai. baju raya anak2, mmg dh settle bulan 7 ari tu dh siap beli. Baju kurung, awal2nye xnak buat sbb memula ingatkan en Lanun xdpt beraya sama2. Tapi kakak teman sian agaknye, dia jahitkan baju kurung & baju melayu untuk balqis, Auni & Zakwan. Tima kasih banyak2 la kak... jasamu dikenang! Teman, x beli @ buat baju tahun ni. Recycle je dr tahun2 yg  lepas. Ada baju yg berlabuci & bersongket, mmg jarang2 sgt pakai. jadi xnaklah membazir. En Lanun pun sama lah, cuma nk beli seluar slack (last beli 4thn lepas, sian dia) dan sehelai kemeja baru. Bonus pun dapat tahun  ni, Alhamdulillah :) cuba berbelanja dgn berhemah...Kuih raya pun semua tunjuk je...huhu mmg le nak sgt buat tp ntah le..kalau buat mesti x abes sampai raya haji pun x abis2. Sudahnye beli aje. Lagipun banyak sgt dh jual skrg ni kan, kalau x beli sian plak org yg jual tu hehe (alasan,alasan).
Harap2 dapatlah berhari raya di kampung... Dah 2 tahun beraya di Manjung ni. Ok je, cuma x berapa meriah :)as long as I'm with my beloved husband & kids, I'm so thankful :) kt mana2 pun x pelah kan. Rumah xde nak cat le, udah cat 2 tahun lepas, elok lg. langsir pun sama, budget 10 tahun tu hahaha dh masuk 5 tahun ni, kita tgk tahun depan mcm mana.
Semoga sahabat2 semua berbahagia di hari raya ini, teruskan ibadat puasa di bulan yang berkat ini..amin...Kalau ada kesempatan datanglah ke rumah ye, @ Manjung @ Umbai Melaka.
SELAMAT HARI RAYA!

Penat Oh Penat

baru balik dr rumah jiran, ada kenduri baca yasin. penat beb. org lain khusyuk baca yasin teman sempat baca 8 baris je. dah tu dak zakwan dh xmau dok situ nk main kt luar. kt luar sambung baca sambil sblh tgn dukung dia (berat ok,dh 11kg++). ntah apa yg dibaca x dpt nk menusuk kalbu disebabkan mata melilau tgk2kan auni & balqis yg main buaian kt tepi rumah jiran. tau ajelah anak dara teman tu lasak ya amat. org dh habis baca yasin, masuk tahlil tp langsung x dpt ikut sbb zakwan dh berlari tuju ke kolam ikan menonggeng2 nk tgk ikan. ha sket lg ada la ikan baru nama 'zakwan' hihihi letih nye ya Allah tuhan saje yg tahu. segan juga kt org lain sapa ke umat la ni ke hulu ke hilir dgn anak2 dia *aduhai* apa nk buat. x dtg, dah dijemput. dah datang, ha inilah jadinya. abes je bacaan tahlil & doa selamat teman cpt2 salam tuan rumah tapi dia bertegas suruh makan juga dulu juadah yg disediakan. yelah, rezeki depan mata x baik tolak kan. amik la sket nasi briyani & buah tembikai. nk amik lauk, semua pedas2 anak2 teman ni xmau mkn *konon la anak melaka* jadinye mkn nasi kosong tu aje. licin tu, penat agaknye main lari sana sini huhu pastu teman pun mkn le sket tgk berselera sungguh lauk pauknye..alhamdulillah sedap....buat tuan rumah kak ina & bg azhar semoga tercapai hajat dgn bacaan yasin td...juga terima kasih dgn hidangan nasi briyani yg sgt sedap itu. Lain kali ada kenduri, jgnlah serik nk jemput kami ye hehehehhe

Angan Angan

Tiba- tiba dapat offer kerja.Pegawai Teknologi Maklumat. Gaji rm2500-rm3000. Duit keta dh abis bayar, so cuma nk belanja untuk duit minyak, duit makan, duit nursery anak 3 org,saving utk masa depan-wah, masih banyak bakinya! Boleh lah beli macam2. Boleh beli tshirt2 muslimah yg mcm2 design teman berkenan. Boleh beli baju yg bermanik2. boleh bagi mak & abah duit byk2. Abah x yah lah gi kebun lg, walaupun suka2 je teman kasi duit upah lah org jaga. Abah cuma dtg jenguk2 & amik hasil je nanti. Boleh sponsor adik kt kolej tu duit belanja sket. xyah abah tiap2 bulan kuarkan duit kwsp dia. Boleh juga beli produk Miracle Solution yg teman nak sgt cuba sbb dh baca testimoni org2 yg pernah guna, semuanya positif.  Juga boleh beli produk CCPP supaya dpt kuruskan badan yg x berapa nk kurus sejak akhir2 ni. Boleh beli tshirt wording yg byk jual kt fb skrg ni utk Balqis, Auni & Zakwan. Ha macam2 nak beli. Boleh beli microwave. Oven ni, dulu konon beli sbb nk buat kek @ biskut, sudahnye jadi tukun kt sudut kabinet dapur. Beli microwave lagi best. skjp2 boleh panaskan lauk. xlah terbakar bekas tu kan heheh.

Angan- angan itu mmg indah...boleh x nak terus berangan mcm ni...no more worries about our spending.. as long as x membazir lah kan.. Nak beli itu ini berkira bagai nk gila pastu x jadi beli. Although I have just enough right now, a little bit more money won't hurt at all. orang kata kalau dh kerja nanti masa utk anak dh kurang...seharian org lain yg jaga..but i think i've done enough for them for the past 6 years. I guess i was destined to be a housewife forever... should i be grateful or what? have a beautiful house, 3 beautiful kids, wonderful husband, kesihatan yg baik..alhamdulillah...

Tinggal angan- angan ajelah...

Projek Sofa Cover

Actually dah hampir 6 bulan projek ni terbengkalai. Beli kain dr bulan 12 tahun lps, siap ukur & potong. pastu oleh kerana en lanun nak buat design ada piping maka terpaksalah ditangguhkan projek ni sbb tapak utk pasang piping tu xde jual utk model mesin jahit teman. pastu ada kawan suggest guna tapak utk pasang zip sbb dia ada lengkuk so boleh buat piping tu mcm tapak yg sbnr.cari2, dapat lah beli harga murah je, rm12.00.
Masalah seterusnya ialah mencari masa untuk membuatnya. aduhai susah betul, setiap kali nk buat ada aje problemnya. dengan bebudak ni sibuk masuk skali bilik menjahit tu, susah nk control diaorg.
pastu masalah lain ialah,teman ni buat x de ukur2...main agak2 je.pastu bila dh jahit, eh eh silap, x muat lah, terbesar lah, maka nya harus ditetas.pastu jahit balik ( x ukur jgk) silap lagi tetas lagi muahahhaa bila kala laaa nk siap kan. baru last week ni insappp sket baru betul2 amik ukuran & tanda pada kain tu...alhamdulillah mmg memudahkan kerja menjahit...sejam je dh bleh siap sarung utk 1 sofa hehehehhe kalau laaa dari dulu buat mcm tu huhu. nasib baik lah en lanun xde tanya2 @ paksa2 suruh siapkan...sungguh memahami isterinya ni kalau nk buat keje ikut dan dia je hehehe
next week en lanun dh nk belayar sampai raya...harap2 siaplah sarung sofa ni sblm raya ye x...haru tu separuh kaler hijau separuh kaler purple hehehe. thnx to neezaneedles yg suggest kat teman mcm2 idea utk buat piping tu..

Away....

Baru dapat berita. En lanun akan pegi detachment lagi 2 minggu sampai lah ke hari raya nanti.
Tabah lah hati. Insya Allah xkan ada apa2. 3 bulan menguruskan anak2 seorang diri, terasa juga berat cabarannya.
Xpelah, teman kan kuat. Kan?

Duit oh Duit

Akhirnya sampai jua surat yg ditunggu2 itu...hahahhaha..surat renewal insurance & rdtx kereta Naza Ria ku...siap2 ajelah 2k duitnye huhu...lagi 2 minggu ni expired lah dia.
Semoga Allah permudahkan rezeki yg halal buat kami sekeluarga insya Allah...

Finally...Pokok Limauku Berbunga


After 8 months finally my pokok limau sambal is budding. Nampak kan bunga kecik2 tu warna putih.Ohh sgt excited :) sbb susah betul nk tunggu dia berbuah...tp sbr juga, hari2 siram & bagi baja. Tanam pun dlm pasu je.Ada sepokok lagi tanam kt atas tanah tp dh setahun stgh x berbuah2...tu sbb x sangka yg tanam dlm pasu ni bleh berbunga hehe
nanti dh kuar buah teman letak gmbr lagi ye.tungguuu.....

Pre-Anniversary Present

Look at what my dearest husband got me for our anniversary this coming 20th May- A running shoes :) actually I've started running a bit seeing that my unhealthy lifestyle has taking its toll- i'm gaining weight! sobsobsob so teman ajaklah en lanun temankan teman gi stadium & help me take care of the children while I trying hard jogging & doing exercises.sometimes they held a senamrobik at the stadium for public so I do that too. Anything to get my lazy bum working :) sadly it's only once a week, so now everyday after taking balqis to her school I changed into my exercise outfit,put on my new running shoes & (literally) running around my frontyard.haha ok not so encouraging but I did 25-30 rounds ok....after that doing jumping rope 100 times. Fuhhh berpeluh2 bagai nk rak tp best :)
So all this while I borrowed en lanun's training shoes which is not for running @ jogging coz it has rounded design,quite dangerous kalau tersilap langkah boleh terjatuh & tergeliat kt ankle tu. so en lanun ingat nk belikan masa anniversary kami tapi dia kata kalaulah teman tergeliat sebelum tu, dia akan menyesal sangat2 tu sbb dia belikan awal2 :) thnx for the present hon, will try to use it as frequent as I can! Promise! (confirm kena turunkan berat badan la kan hahahaha)
Remember, I havent been running for  so,so long that i couldnt remember when (yup, that long hehe) kt rumah pun xde treadmill, teman suggest kt en lanun inilah cara yg termurah (free infact hehe) & for half an hour I can concentrated only in myself. thank u syg for doing this for me :)
Now...what shall I got him for our anniversary?hmmm.....duit oh duit!

Diapers-free

Alhamdulillah..dh 2 malam auni tido mlm x pakai dispo diapers. Selalu dh 2 bulan ni tido malam mesti teman pakaikan walaupun sampai ke pagi mmg kering je, dia x kencing. pastu dh 2 minggu lps dia akan bangun kejutkan teman utk gi toilet, nk kencing. so dh 2 hari ni lah teman try x pakaikan dispo lagi kt dia..alhamdulillah :) ttp alaskan tido dia dgn tilam alas plastik, just in case.
Am soo proud of her :)


Me & Sweet Lil' Auni

Berita Gembira

Alhamdulillah hari ni dapat berita kawan baik di Teknik JB dulu sudah bertunang...insya Allah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei ini. Tahniah Sila, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat...

Selamat Hari Jadi Kakak!

 Look at the birthday tickers down there...It's my eldest' birthday Balqis. She's 5 years old today...Alhamdulillah. despite the absence of en lanun I tried to do my best to celebrate her birthday and ordered birthday cake, pack some goodies bag for her 36 schoolmates. Suka la kakak :)


her birthday cake with her pix with cartoon ana muslim

with her classmates & class teacher



edible cookies


Nothing special for her birthday...just a pair of telekung that I sewn myself...semoga menjadi anak yg solehah kebanggaan mama & babah...


Sayaaaanggggg kakak! :)


Lama Giler

Apa yg lama tu? haaa baru skjp td teman menyusukan zakwan selama sejam 40minit.x tipu ok.3x tukar side sampai (literally) rasa dh "kosong" susu dlm kantung ni huhu tapi apa nk buat dia xmau lepaskan,layan ajelah...nasib baik kakak2 dia pun dh tido so xde lah gangguan.jarang dia menyusu lama2 mcm ni..slalunye stgh jam je. hauss tau lps sendawakan dia terus cari air kt dapur :)
teman rasa agak lama kali ni dpt menyusukan anak..yelah slalunye setahun lebih dh pregnant lg...terpaksa la stopkan menyusu anak. harap2 dptlah sampai 2 thn insya Allah..

Di Mana Handphoneku????

Sejak dari Asar dh perasan hp Sony E71 tu mcm xde je. cari punye cari sampai ke mlm ni x jumpa2.Ya Allah risau jugak dibuatnye sbb org slalu contact kita pakai no hp tu..no rumah x ramai yg tahu.lagi plak di saat2 En lanun xde kt rumah laaa benda ni jadi ish ish ishhh...selalunye zakwan yang "rajin" alih2 barang ni mcm remote Astro tu slalu dia buang dlm tong sampah @ kt dlm laci tpt letak bawang tapi hotspot2 tu semua x jumpa...aduhaii mcm mana nk buat ni...
Ya Allah Kau gerakkanlah hati ku ini mencari di tempat yg betul...semoga berjumpa hpku itu...amin....

Potty Training

Potty eh? Haa saje je pinjam istilah tu, bukan ada potty pun but the purpose is the same- training my 2nd dotter buang air tanpa dispo diapers. Baru 2 hari start ya Allah penatnye, dia belum biasa mmg berak kencing merata cicir, sehari sampai 7-8 kali tukar seluar & dia memberontak juga xmau pakai seluar, katanye Auni kecik lg la, kena pakai pampers huhu udah 3thn lebih dh syg...dulu masa Balqis mcm itu juga. Walaupun teman cuba atur masa dia utk gi ke tandas setiap 40-45 minit tp dia akan kencing bila2 masa. yelah, selama ni xde risau apa pun, xtau pun bila dia kencing cuma kalau berak je dia bising suruh tukar. So time kita ajak gi toilet tu dia x mau kencing, sat lagi dh meleleh....xpelah nak, insya Allah seminggu dua ni oklah sket tu. letih juga kena lap mop sana sini, almaklumlah najisnye sudah di kira 'najis' betul, cara membersihkannya kenalah betul juga. x boleh main lap2 aje, kena lalukan air kt area dia kencing tu. Nanti kita lalu lalang nk solat takut x bersih maka x sah lah semuanya.
Cuma waktu malam teman pakai kan juga dispo sbb maknye x larat nk bangun mlm, dgn Zakwan yg bangun 2 jam sekali nk menyusu, bangun pagi tekak rasa keringg sgt dek kerana byk susu dh keluar. so insya Allah kalau siang dh ok, mlm pun teman akan try x pakai dispo diapers jugaklah, mcm kakak dulu. kena lah usaha sket kan...insya Allah...

From Manjung To Butterworth




1st xperience Anak Bersekolah..

Dah hampir sebulan kakak bersekolah.alhamdulillah so far xde lah 'drama' di waktu pagi, sket2 ada liat nk bukak mata tu biasa lah kan, esp kalau mlm tu dia tido lewat. Kalau pegi sekolah kadang2 je teman yg hantar sbb slalunye time tu auni & zakwan tido lagi, sian nk kejutkan diaorg & angkut naik keta. kebetulan jiran teman selang 1 rumah anaknye pun sklh di situ jugak , infact dia lah yg promote tadika ni so slalu tumpang kt dia ajelah. balik baru teman gi ngambik, sekali dgn anak jiran td so fair & square la kan. seronok tgk dia hari2 cerita belajar itu belajar ini, kwn buat itu main ini eh mcm2 lah dia cerita :) harap2 sampai hujung tahun lah dia mcm ni...insya Allah...teman doakan dia terang hati, mudah menerima pelajaran yg di ajar cikgu2, ye kakak nanti bleh ajar auni plak hehe