Selamat Tahun Baru 1433Hijrah

Alhamdulillah, usai solat maghrib tadi maka kita pun sudah menyambut tahun baru hijrah. 6.30pm td dah baca doa akhir tahun, lepas Maghrib td baya yasin dan doa awal tahun juga.semoga tahun baru ini akan membawa seribu berkat untuk kita semua..insya allah!







Macam2 pesen org menyambut tahun baru hijrah ni. ramai yg ke masjid @ surau, alhamdulillah. Bagi yg x berkesempatan, dapay baca sendiri doa ini di rumah pun sudah cukup baik. Ramai juga yg berpesan2 di fb. bagus sungguh. Makin ramai yg 'menyedari' selain tahun baru 1Jan setiap tahun, kita sebagai org Islam juga ada sambutan tahun baru :).
Sedihnya, ada juga yg pergi menonton wayang dan dgn hebatnya menulis di wall fb, tajuk movie yg akan ditonton serta tpt nk menonton tu, dan tertera di situ waktunya adalah setengah jam sblm waktu maghrib hampir masuk. Allahuakbar. Inilah peringatan buat (diriku) manusia yg pelupa. Semoga masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat & menyesali semua dosa2 kita sebelum nyawa di ambil oleh Allah.

 Teman di rumah kakak biras di Meru Klang, melawat kakak en Lanun & anak2 buah memandangkan beliau masih bercuti seminggu slps tamat FIC di KTU Kepala Batas. In fact baru je mlm td kami sampai di Manjung after a long 5hours drive when the normal time only takes 3,the longest 4hours to arrive Manjung. Kereta banyak, dgn lori yg bwk slow, hujan pula tu huhu berhenti solat,berhenti gi toilet ntah berapa kali. biasalah kalau travel dgn anak2 kecil begitu lah. letih juga melayan mereka yg seolah2 'terlupa' mereka sebenarnya berada dalam kereta tp buat mcm kt dalam rumah. Kereta Naza tu pun dah macam kapal karam banyak giler barang sebab di samping barang2 en lanun, beg2 baju kami pun ada, pastu tambah dgn brg2 yg dibeli masa di Padang Besar smlm huhu sampai x nampak kereta kt blkg hehehe brgnye xlah byk sgt tp besar2 mcm bakul baju anyaman,toto 2 bungkus (hamekkaw) alang2 dah sampai sana tu ye x, kalau saja2 nk gi mmg xde la sbb jauh tu.

gambar2 akan di upload kemudian. kamera ada pada en lanun, beliau tgh gi tgk game bola MU di kedai sbb rumah kakak dia ni xde channel sports :) tido dulu,nighty night!

Jalan Jalan Cuti Sekolah

Yeayy finally the school holidays has arrived! Alhamdulillah the kids are getting better, Balqis sudah bleh mkn, Auni & Zakwan pun slowly sudah boleh mkn although the ulcers are still there. So En Lanun decided to take all of us along with him to Kolej Tentera Udara where he's doing his Flying Instructor Course for the past 3 months. He's already had his final test which I'm proudly to say he passed with the highest marks :) Alhamdulillah... So cuma tinggal nk buat clearance & uruskan hal2 paperwork utk kembali ke base Lumut.
So this is my first xperience going on a vacation without bf Zakwan, So as well as can be expected there are a few complications esp masa nk tido huhu seb baik ada buaian pasang siap yg boleh bukak2 tu jd kami angkut le sekali masuk ke dlm Naza tu (seb baik keta besau!) Dalam keta pun kira oklah dh siap2 bg susu (mcm biasa lah, cuma separuh je dia mau minum) pastu dah kena goyang2 dlm keta lama2 dia pun tertido sendiri kt dlm baby seat tu. Malam2 mmg dia kerap bangun la sbb sejuk bebeno bilik tu ditambah2 plak cuaca asyik hujan di sini. Sapu2 minyak, buai2 pastu dia tido le balik. tp 2-3 jam sekali konpem akan bangun menangis kdg2 tu mata x bukak pun, mcm mengigau je.

Plan nk ke padang besar ni, kalau cuaca mengizinkan hehe happy holidays guys! Gunakan masa cuti ini dgn baik ok! jgn lupa jaga keselamatan anak2 waktu bercuti.

HFMD Attack

My kids were affected by this virus since early this week.  Yup, all 3 of them. It all started with Akish. She started to have ulcer at the tip of her tngue. Very big one. Mula lah xnak makan, susu x habis minum, merengek etc etc. And then she started to be a bit feverish. Panas2 sket badannye. So I decided to take her to a clinic. Once the doctor look into her mouth with her petite torchlight, she immediately said this is not a normal ulcers, it's HMFD. And she has almost 20 small little ulcers all inside her mouth, kt dinding mulut (dalam), kt tekak, everywhere. Oh, sangat kesian tgk dia..patutlah susah sgt dia nk mkn even bukak mulut pun...and the doctor said she cant go to school until she's cured, coz this virus in infectious, for all i know she might got it from her school mates. It's already the final week of school days, so I just tell her teacher that she wont be able to come to school until the end as the doctor advised.
And it is infectious alright, coz the next day both her sister & brother got it too! I was getting very worried & tired too coz they all are very demanding at this time, semua nk berdokong, nak itu nak ini, menangis, menjerit kesakitan, tidur malam x lena setiap kali nk menelan air liur mesti akan tersedar menangis sbb sakit. En Lanun is worried too, tiba2 pukul 2 pg hari jumaat dia dah terpacul dpn pintu rumah. Alhamdulillah, am very thankful for his being with me all through this difficult phase. Zakwan sampai dah x bleh menelan air liur, makan jauh sekali lah. susu pun x boleh minum, asyik menangis saja. Akish pun masih begitu, ulser yg paling besar kt hujung lidah tu masih blum surut, merah & memutih macam melepuh seluruh mulut. tapi sbb nak elakkan diaorg dr masuk wad sbb x cukup air, teman cekak mulut suap juga bubur. Menangis, menjerit, x kiralah janji ada mkn sikit alas perut. air masak teman guna syringe je tekan air dlm mulut diaorg. Abah diaorg pun belikan mcm2 air vitagen,solivite, calciyum,choco oren, aiskrim 2 mangkuk,jelly, sebab doktor advised bagi mkn benda2 sejuk mcm tu...mmg betul pun spjg minggu ni itu ajelah yg diaorg boleh mkn & minum...walaupun still menjerit sket tp teman tgk diteguk jugak air tu slow2 sampai habis. Teman harap sihat lah cepat anak2 teman ni...kesian tgkkan sebab dh biasa diaorg ceria je. Hari Selasa plak en lanun nak ajak gi Alor Setar tpt beliau berkursus...dah final week dah pun, so dah xde kelas cuma nk clearance sket utk balik ke base Lumut. So En lanun plan nk bwk kami jln2 ke sana. Harap2 anak2 sihat lah sebelum berjalan ke sana...Amin...
This is an article I found on the net about HFMD.

 

PENYAKIT TANGAN, KAKI & MULUT (HFMD) DIKALANGAN KANAK-KANAK

by BondaMama on Monday, June 27, 2011 at 7:24pm
ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.
Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.
Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.
Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.
Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.
Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.
Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.
HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.
Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Tempoh pengeraman
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

Faktor-faktor risiko
Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.
Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa.
Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.


Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.


Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.
Hubungi doktor sekiranya:

• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
• Demam lebih tiga hari
• Sakit mulut semakin teruk
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Langkah-langkah pencegahan

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

kredit utk bondamama

Un-BF, Day 3 & 4

Alhamdulillah dah masuk 5 hari teman memulakan misi un-BF ni. Nothing to be proud about this, I know some people prefer to bf their baby as long as possible but to me after 2 years, it's time to let go. So I'm just writing this as a memento, as a guide just incase someone asked me about it then I can just tell them to read this :) So he's still asking to nenen from time to time, but didnt refuse when I asked gently "nak masuk buaian x?mama buai ye" selalunya dia akan ikut je & another good news is, he finally warm up to having fm in bottle. alhamdulillah. Cuma kuantiti masih sedikit la, teman selalu buatkan guna botol kecik tu, dalam 2oz je. semalam buat 4oz, surprisingly habis! maybe he finally got the idea that he wont be getting asny milk from me any time soon so better take whatever my mom is offering hehe

But still he stirred up quite frequently at night so i've had sleepless night for almost 5 days in a row....it has taken its toll but am trying very hard to be as the usual me...terpaksalah kan, dengan anak2 kecil ni bukan boleh buat xtau je, baring2 xde buat apa. still kena buat semua house chores. Ingatkan en lanun balik weekend dptlh tolong apa2 yg patut but end up I got another 'baby' to be taking care along with the other 3 :) biasalah tu..balik hujung minggu nk berehat2 saja tau nye *sigh*

Anyway hopefully soon Zakwan will be able to sleep on his own sbb skrg bergantung sgt pada buaian. Since he doesnt like pacifier, susu botol minum sket2 je, so the only thing that can comfort him to sleep is the cradle. Maybe not to good for his backbone but he's a big boy now, I think it's not going to be a problem. Lagipun ini cuma transition phase..soon he'll move on and be like her sisters- kalau dh ngantuk tu kat mana2 pun bleh terlelap hehe

let's see how long he's gonna take to totally forget to ask nenen from me again :p

Un-BF, Day 2

Alhamdulillah, survived another night. Last night was better definitely, but not yet resolved. Dia bangun juga mlm2 tu 5-6 kali nk nenen tp teman ulang ayat yg sama mcm smlm,dia nanges sket tp bila dibuai dia sambung tido semula,sekali pun x mintak nk kuar dr buaian @ mintak dokong.susu,mcm biasa tetap x mahu.seharian smlm teman mengepam susu manually sbb breast dh start mengeras,sblm jd lebih parah baik diperah.masuk dlm botol susu,bagi kt zakwan x mau plak dia :p dia xtau kot itulah yg dia minum selama ni.tghari td dia mintak nenen jugak tp teman x bglah.teman pujuk2 dia masuk buai sbb nmpk dia mengantuk.buai2 x jd tido plak (padahal tekak dh naik kering mendodoi dia :p) xpelah janji dia senyap. Jadi boleh kata good progress la jgk. Harap2 dlm seminggu ni dpt la cured habit bf dia..insya Allah :)

Un-BF, Day 1

So its official-yesterday since 2pm gonna mark the date that i stop bf zakwan.like i said in previous entry,he's already 2yrs old now and my fren once told me that after 2yrs the milk we produce no longer contains any nutrients for our baby. Thus i make up my mind and decided  to start today since en lanun is away.he cannot tolerate with kids cried so hard like that,nanti dia suh mengalah & bg jelah nenen tu...sian budak... Hehe...I have twice the experiences of stopping to bf before with akish & auni but it's different coz they are merely 1yr plus,akish only took 3 days but I have to wake up every night for about a year sbb dia nk minum susu.auni,amik masa seminggu tp pastu langsung xde bangun2 mlm  mintak susu. dgn zakwan ni xtau la mcm mana sbb susu botol pun xmo minum sob sob sob...ya Allah tabahkan lah hati teman...semoga dpt mengatasi dugaan ini hingga berjaya,insya Allah...physically i am prepared and quite thrilled to get rid of the back pain and neck and everything,but inside only Allah knows how...
So i make sure his bottle and milk and mini thermos are right beside me on the bedside table,convenient for me to make his milk quick enough b4 he started to cry @ scream and awaken his 2 sisters (provided that he wanted to drink up the milk,otherwise...oh hoo...imagine the chaos) yup,if u r gonna get into the war,better make urself fully equipped.and this is one war that I have to win.

So last night, as expected by 9.30pm he started wailing and screaming at me to have his nenen as usual. Dah ngantuk la tu. tarik2 baju,tarik2 seluar,x kasi teman buat keje, but I keep calm and said no, you cant bf anymore coz you are a big boy. tgk Boboi Boy tu mana ada nenen lg. kalau nk nenen jgk mama ltk kt luar ajelah.tidur kt luar dgn lembu (he still remembered the cows at our field last week for korban) and he screamed even louder. Last2 teman masukkan dia dalam buaian. buai punya buai, dodoi punya dodoi sampai dah nk naik kering tekak nyanyi mcm2 lagu & zikir, finally he fell asleep. Alhamdulillah. so teman cpt2 solat Isya' dan tidokan kakak2 dia pastu terus tido. Lantaklah cerita korea ke, Kardashians ke, masterchef topchef whatever teman x kira mesti tido awal mlm tu sbb tau dh by midnight mesti dia akan bangun. All is well sampailah 12.30midnight he started to stir up and as usual "nak nenenn" walaupun mata x terbukak pun. teman buai2 dia berhenti nangis & tido balik. baru nk lelap balik Auni nk kencing plak. pastu mintak susu lg. Dh siap semua baru nk lelap, Zakwan bangun semula. kali ni terus nk turun dr buaian. Aiseh..pujuk2 dia xmo jugak. Akish dh amik bantal tutup telinga dia. kuat tu dia nanges...dokong2 bwk ke luar bilik, x sampai 5 minit dh sakit tgn. 11kg++ tu beb huhu mak dia bukannye kuat sgt. susu yg dibuat hanya dipandang sepi..nannakkk!!! (read:taknak) dia jerit hehe adoyai last2 bg air msk je, dia minum seteguk, masuk balik dlm buai dlm stgh jam tido la semula. tp tgn x bleh berhenti la buai huhu kena beli motor ltk kt buaian tu la baru dpt rilex sket :p

Itulah yg jadi mlm td berulang2 nanges-kuar dr buaian-dokong2 skjp-minum air msk-pujuk2-masuk buai-tido-bangun balik-dokong lg-pujuk2-buai lg sampai la 6.15 am mpk dia lelap betul...alhamdulillah. terus amik air sembhyg, solat Subuh & sambung tido balik (slps set alarm pd 7.15am, kalau x ada org x gi sklh la pg ni hehe). Nk hntr Akish sklh pun tgk dia x bergerak2 lg, mintak tolong jiran je tumpangkan dia ke sklh sbb kesian nk kejutkan zakwan bangun.
Bangun pg ni dia lapar sgt agaknye, terus mintak mee goreng panas2 tu disuapkan juga ke mulutnye. keropok lekor 3-4 btg dimknnye. air teh 2 cawan. Alhamdulillah....

Teman sgt mengantuk. Pening pun ada. tp x rasa lapar mcm biasa bila mlm2 bf zakwan bangun subuh lapar mcm seminggu x mkn. Kita tgk hari ni mcm mana :) hopefully he gets better...insya Allah...