Melalu: istilah yang digunakan bila kita tak bangun makan waktu sahur. Itulah yang terjadi pada kami pagi tadi. hu hu sedar- sedar teman tgk dah pukul 6.50 perghh nasib baik tak terlepas waktu subuh. Dengan segeranya teman kejutkan En lanun bangun kami sama- sama bingkas gi terjah bilik air ( nasib baik bilik air ada banyak ). Alhamdulillah so far dah pkl 2 pm ni teman ok lagi...siap pegi pasar jap td beli lauk, balik siang ikan & sotong, lepak sat baca majalah then pkl 12 lebih tadi masak untuk berbuka. menu simple je hari ni...macam xde mood la plak :(

1 comments:



fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

huhuhuu ..so far nasib baik tak letih sangat yek hari ni