Alhamdulillah, teman dah selamat melahirkan anak pada 4 Nov 10.40 mlm di Hospital Besar Melaka. Baby boy, 3.6kg. Nama pun dah daftar- Ahmad Zakwan bin Mohd Khalid. My hubby picked the name long ago ever since we knew I was pregnant with a baby boy, I just get along and relieved that we both have survived the 'difficult phase'. Kali ni mmg rasa sakit lebih sket from the previous two. But so worth it :) yelah dah dua girls, kali ni dapat boy mestilah suka, kan? :) yang penting Zakwan lahir dengan selamat, sempurna sifat & sihat alhamdulillah.. tadi nurse datang timbang, dah naik 4kg skrg :) fuh boleh tahan mmg naik lenguh jugak mendokong dia ni :)
Sekarang ni tengah tempoh berpantang di rumah mak di Melaka, dah 10 hari. badan pun rasa sihat cuma pergerakan agak terbatas sebab pakai bengkung, dengan stokin & tudung kepala. kipas pun bukan boleh bukak kuat2, asal bilah kipas tu berpusing je cukuplah mak teman kata. maklumlah urat- urat semua 'muda' lagi, angin mudah masuk dlm badan. teman ikutkan ajelah...kebetulan kakak teman pun sama berpantang di rumah mak jugak, selang 5 hari aje dari teman. Anak lelaki jugak, sama beratnye 3.6kg. mmg meriah lah rumah mak teman, anak kakak teman dah 4 org, anak teman 2 org, campur baby 2 org. Kesian kat mak teman lah, penat dia memasak dari subuh sampai ke malam. belum campur nak mengemas lagi sebab budak- budak ada kt umah, mmglah bersepah aje. teman harap cepatlah habis tempoh pantang ni, letih berbarut sepanjang masa :p

4 comments:



Ibu Aunis said...

tahniah! hepi berpantang..;)

Ira said...

Wann.. comel nama anak teruna ko..
amik tag di blog daku ye..

ribbit said...

nama simple aje...senang nk ingat. kang bg nama glamer sgt x terbawak plak he he

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

tahniah utk wan and hubby. mudahan anak ini akan menjadi anak yang soleh serta dapat berbakti kepada keluraga, ibubapa, agama, bangsa dan negara