Tragedi 16 Mei

(this is an outdated post)

16 Mei 2010- mungkin hari yg bahagia bagi sesetengah di antara kita kerana menyambut Hari Guru. Tapi hari itu jugalah yang takkan kami semua lupakan kerana dikejutkan dengan berita buruk yang menimpa biras teman, kakak En lanun. Selepas zohor kami mendapat panggilan telefon dari kakak en lanun di Melaka memberitahu abg ipar beliau telah meninggal dunia dalam satu kemalangan motorsikal di simpang pulai, ipoh. justeru itu mayatnye ketika itu berada di Hosp Besar Ipoh. Oleh kerana kami yang paling dekat, kami berkejar ke sana dan pada masa yg sama kakak en lanun juga otw ke sana menaiki kereta. X pernah teman kemas baju & susu anak balik kg selama 15 minit sahaja. En lanun pun menggeletar tangannya semasa menerima berita tersebut. Bapa saudara teman yg tinggal di ipoh pun turut teman maklumkan dan oleh kerana beliau adalah anggota polis di sana maka banyak urusan di hospital & di balai polis dipermudahkan. hampir sepanjang perjalanan  air mata teman mengalir x henti2, mengenangkan arwah yg baik meninggalkan isteri & 5 orang anak yg masih bersekolah. isteri arwah pula tidak bekerja. x terbayang mcm mana beban yg tertanggung di bahu isteri beliau ketika itu. selesai urusan di hospital kami mengikut van jenazah balik ke rumah ibu bapa arwah di Sabak Bernam, kemudia singgah di rumah nya di Meru Klang kerana anak- anak arwah belum sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Mengikut hajat arwah yang pernah berkata beliau mahu dikuburkan di Melaka maka kami sepakat membawa beliau balik ke kg Klebang dan pada pukul 4.15am 17 Mei selamatlah jenazah dikuburkan...Takziah buat keluarga kak senah, teman harap beliau tabah menjalani hidup ini demi anak- anak. Alfatihah buat Allahyarham Mohd Helmy Bin Jaafar...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.

4 comments:



Farhana said...

alfatihah..
sedihnye kenang nasib org2 yg ditinggalkan..

ribbit said...

iye...syukur arwah mmg ada tinggalkan harta tapi semuanye dalam bentuk aset lah. byk urusan sebelum dapat bahagian masing2 tapi kakak kalid tu nk pakai duit byk & segera sbb anak2 semua nk belanja sekolah, dgn bil2 dan belanja kenduri arwah etc alhamdulillah mereka adik beradik tolonglah sket2 mana yg termampu

Ibu Aunis said...

haah. mudah2han Allah memanjangkan umur kite sekurang2nya sehingga anak2 dah pandai hidup sendiri..

ribbit said...

amin...